lSeseorang pegawai atau pesara yang diundang
dan menghadiri Istiadat Pengurniaan untuk menerima Pingat atau Darjah Kebesaran
Persekutuan atau Negeri adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran seolah-olah ia
bertugas rasmi. Bagi pesara, tuntutan boleh dikemukakan kepada
Jabatan perdana Menteri dan kadarnya adalah mengikut gred jawatan
yang akhir sebelum pegawai bersara.
lDua orang tetamu yang diundang dan
menghadiri Istiadat Pengurniaan Pingat atau darjah Kebesaran bagi seseorang
pegawai adalah juga layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran di mana kadarnya
adalah mengikut kelayakan pegawai tersebut atau bagi tetamu pesara
pula kadarnya adalah mengikut gred jawatan akhir sebelum pegawai
tersebut bersara.
lSeseorang pegawai yang diundang dan hadir
untuk menerima Pingat Posthumous dan dua orang tetamu yang
diundang hadir bersama pegawai tersebut adalah layak menuntut elaun, kemudahan dan bayaran mengikut kadar dan kelayakan
pegawai yang meninggal berkenaan.
Tuntutan dikemukakan ke JPM.