Diketuai oleh Rektor, Akademi Hevea Malaysia komited untuk mencapai objektif utamanya dalam memberi latihan kemahiran secara ’industry oriented’ untuk industri getah, membantu meningkatkan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan serta menggalakkan pemindahan teknologi melalui latihan teknikal.

Akademi Hevea Malaysia terletak hanya 5 km sahaja dari Laprangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, Selangor. Dikeliling ladang getah, lengkap dengan kemudahan kursus yang canggih, kemudahan rekreasi dan penginapan, pelawat pasti terpesona dengan pemandangan menghijau pepohon getah dan dapat menikmati kehidupan dalam ladang getah semasa menjalani kursus.

Struktur AHM

Mengenai AHM
  Visi & Misi
  Fungsi
  Hubungi Kami
  Peta Lokasi
Hakcipta©2007 Lembaga Getah Malaysia. Penafian | Dasar Privasi & Dasar Keselamatan