Tempat

Kursus-kursus akan dijalankan di Akademi Hevea Malaysia, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan yang dilengkapi dengan sebuah kilang pemprosesan SMR, makmal, bilik-bilik kuliah berhawa dingin, auditorium, perpustakaan, lodge, kemudahan rekreasi dan alat pandang dengar yang canggih. Akademi Hevea Malaysia terletak hanya 5km sahaja dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, Selangor.

Syarahan

Semua syarahan akan disampaikan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu oleh pegawai-pegawai kanan Lembaga Getah Malaysia dan pensyarah-pensyarah jemputan (jika diperlukan). Tutorial, perbincangan dan lawatan luar adalah termasuk di dalam kurikulum kursus.

Yuran (Tanpa makan dan Penginapan)

Peserta tempatan - RM 300.00 seorang/hari
Peserta Luar negara - USD 300.00 seorang/hari

Yuran Makan dan Penginapan

Bayaran makanan dan tempat penginapan di Akademi Hevea Malaysia, Sungai Buloh boleh diuruskan dengan bayaran mengikut kadar semasa. Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama ”LEMBAGA GETAH MALAYSIA” dengan cek berpalang/kiriman wang/bank draf dan mestilah disertakan bersama-sama dengan permohonan sebelum kursus dijalankan.

Pemulangan Yuran

Yuran akan dikembalikan sepenuhnya sekiranya notis penarikan diri diberikan tidak lewat daripada 2 minggu sebelum kursus dijalankan tetapi hanya 75% sahaja akan dikembalikan sekiranya penarikan dibuat seminggu sebelum kursus dijalankan. Yuran tidak akan dikembalikan setelah kursus dijalankan.

Penilaian/Sijil

Di akhir kursus, satu penilaian akan diadakan untuk mengetahui pandangan peserta terhadap kursus yang diadakan bertujuan memperbaiki kualiti kursus di samping mendapat maklumbalas tentang pengetahuan yang diperolehi oleh peserta kursus. Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan setelah tamat mengikuti kursus.

Permohonan/Pembatalan

Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Rektor Akademi Hevea Malaysia
Lembaga Getah Malaysia
Stesen Penyelidikan RRIM
47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-6157 4650
Fax : 03-6157 7637
Email:akademihevea@lgm.gov.my

Peserta luar negara yang ingin mengikuti kursus, perlu memohon melalui Kementerian Luar Negeri, Kuala Lumpur, Malaysia. Pihak LGM berhak membatalkan kursus atas keadaan di luar jangka dan yuran tidak akan dikembalikan sepenuhnya.
 

Latihan
  Kursus
  Borang Permohonan
Hakcipta©2007 Lembaga Getah Malaysia. Penafian | Dasar Privasi & Dasar Keselamatan