Mengenai Kami
MALAYSIAN RUBBER EXCHANGE (MRE) adalah sebuah badan pengawalan dan penyeliaan tunggal yang ditubuhkan bagi tujuan mempromosi, membangun serta mengatur urusniaga dan perdagangan serta pengagihan dan pemasaran getah di Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1962 di bawah Akta Pasaran Getah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan), 1962. Bermula Januari 1998 ia telah diletakkan di bawah Lembaga Getah Malaysia, berdasarkan kepada Akta Lembaga Getah Malaysia, 1996.
Fungsi-Fungsi
- membuat susunatur dan peraturan-peraturan bagi pengendalian perdagangan getah yang sesuai;
- menggubal dan menguatkuasakan peraturan-peraturan dan terma-terma kontrak MRE;
- menjadi pusat penimbangtara untuk menyelesaikan pertikaian;
- menyediakan kemudahan-kemudahan bagi kerjasama dalam semua hal berkaitan dengan perdagangan getah;
- melindungi kepentingan ahli-ahli MRE, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang kecil dan peraturan-peraturan.
Keahlian
Untuk menjadi ahli, pemohon adalah tertakluk kepada kewibawaan dan keteguhan kedudukan kewangannya. Terdapat dua kategori keahlian, iaitu Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu.
- Ahli Biasa terdiri daripada mereka yang bermastautin di Malaysia, dan bagi perbadanan, diperbadankan dan didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang Malaysia. Ianya diklasifikasikan kepada empat kelas.
- Ahli Bersekutu terdiri daripada mereka yang menjalankan kegiatan di luar Malaysia dan yang menjadi ahli mana-mana persatuan perdagangan getah, pasaran getah atau komoditi yang diiktirafkan atau lain-lain pertubuhan yang berkaitan dengan perdagangan getah di wilayahnya.
YuranJumlah yang perlu dijelasakan oleh ahli-ahli adalah seperti berikut:
| Kategori |
Yuran Masuk |
Yuran Tahunan |
Ahli Biasa
Pengeluar, Broker, Peniaga dan Pengguna |
RM500 |
RM500 |
| Ahli Bersekutu |
RM750 |
RM750 |
Maklumat lanjut mengenai permohonan Keahlian, boleh diperolehi dari Malaysian Rubber Exchange, Bahagian Ekonomi dan Pasaran Getah.
Maklumat Perhubungan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami seperti berikut:
Malaysian Rubber Exchange
Lembaga Getah Malaysia
Tingkat 4, Bangunan Getah Asli (Menara)
148 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: (6) 03 9206 2092
Fax: (6) 03 2161 6586
Emel: Malaysian Rubber Exchange