08:41:02 PM Thursday, 17 May 2012
Bahasa  English     A-  A+    Tukar ke variasi Asal Tukar ke variasi Biru Tukar ke variasi Oren    Narrow Normal Wide  
 

Malaysian Rubber Exchange

Kemudahan-Kemudahan

Penetapan Harga

MRE menetapkan harga getah setiap hari pada jam 12.00 tengahari dan 5.00 petang, dari hari Isnin hingga Jumaat, untuk jenis-jenis dan gred-gred getah berikut:

  • SMR CV, L, 5, 10 dan 20
  • Lateks Pekat: Harga Tempatan (ISO 2004)

MRE menyebarkan harga getah harian kepada ahli-ahlinya secara percuma. MRE juga mengeluarkan harga lateks harian di peringkat ladang untuk rujukan.

Kontrak-Kontrak

MRE mengatur perdagangan getah fizikal yang dijalankan oleh ahli-ahlinya. Kontrak-kontrak yang disediakan oleh MRE adalah seperti berikut:

  • Kontrak No. 1 - Serahan Tempatan
  • Kontrak No. 2 - PDK Biasa (Tanpa Jaminan)
  • Kontrak No. 3 - PDK Biasa (Jaminan)

Tuntutan dan Penimbangtaraan

MRE adalah Pusat Penimbangtara bagi mereka yang menjalankan perdagangan kontrak-kontrak MRE. MRE juga merupakan salah satu pusat penimbangtaraan serantau di bawah Kontrak Persatuan Getah Antarabangsa (IRA) untuk Getah Perincian Teknikal (TSR) dan Lateks Dalam Tong.

Penerbitan

Ahli-ahli PGM diberikan secara percuma penerbitan-penerbitan berikut :-

  • Malaysian Rubber Digest (penerbitan bulanan Lembaga Getah Malaysia)
  • Malaysian Rubber Review (penerbitan suku tahunan Lembaga Getah Malaysia)
  • Malaysian Rubber Exchange Weekly Rubber Market Newsletter
  • SMR Newsletter
  • Carta Harga Rasmi Tengahhari SMR 20 Lembaga Getah Malaysia
Aktiviti Promosi dan Sosial

MRE juga menganjurkan majlis makan malam dan kejohanan golf tahunan sebagai usaha untuk mewujudkan platform kepada ahli-ahli untuk berinteraksi dan menjalinkan hubungan perniagaan di antara satu sama lain.

 
UTAMA          Soalan Lazim          Hak Cipta           Dasar Privasi & Keselamatan          Peta Laman          RSS RSS          Bantuan